expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, June 10, 2011

99.99%

Assalamualaikum...

Nombor 99.99% ni nampak membahagiakan. Sangat bermakna untuk pelajar. Kalau exam korang dapat sebanyak itu, mesti korang dari kalangan yang bijak pandai kan?

Tapi ni bukan soal exam.

Korang selalu tak tengok iklan yang berbunyi macam ni:

Serbuk pencuci Cap Ikan Masin. Membunuh 99.99% bakteria...
Sabun badan Cap DSLR. Menghapuskan 99.99% kuman...
Pencuci lantai Cap Apek Baju Pagoda. Membasmi 99.99% kuman dan bakteria...


99.99% tu tahap keberkesanan produk diorang. Maknanya produk tu betul-betul berkesan la kan.

Tapi kenapa hanya 99.99% kuman je? Apa jadi dengan 0.01% yang tertinggal? Kalau bagus, kenapa tak cakap je produk tu berkasan membunuh 100% kuman?

Masa kecik-kecik dulu memang aku selalu tertanya-tanya. Ye lah. Kalau tetiba ada produk yang claim boleh bunuh 100% kuman dan bakteria, tak ke produk satu lagi tu nanti tak laku?

Dah besar sikit, persoalan itu terjawab. Tapi tak pastilah sama ada betul atau tak. Aku cerita apa yang aku dengar je la.

Ada orang cakap, ada badan-badan Islam menegur syarikat yang claim produk diorang 100% berkesan. Sebabnya hanya satu. Tiada ciptaan sesempurna ciptaan ALLAH. Produk ciptaan manusia ni memang sah-sah tak sempurna. Jadi dengan mengatakan produk mereka 100% berkesan ialah..... aku lupa. Nak kata syirik, itu menduakan ALLAH. Apa kaitan dengan produk? Hehe

So sebab itulah tak pernah ada produk yang 100% berhasil sebenarnya...

Korang pernah dengar ke apa yang aku cerita ni? Nak opinion~

6 comments:

zacky786 said...

suka entry ni ~

IQBAL ZARIN said...

terima kasih~

doyah said...

takpernah dgr, tp mak suka nyoi

IQBAL ZARIN said...

gteww mak! haha...

Unknown said...

semua tu strategi marketing jah.padahal 9.99% je berkesan.laha sgt

IQBAL ZARIN said...

memg lah. tau dah tu. haha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics