expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, June 2, 2011

Niat korang taip entri tu apa sebenarnya?

Assalamualaikum...

Berkaitan dengan entri semalam, aku taip entri tu memang sebab geram dan sakit hati. Kalau tengok label (aku panggil jenama) aku labelkan entri tu dalam kategori BENGANG. Yes. Bengang teramat-amat bengang. Sebab ada lagi budak bodoh macam dia ni. Cinta dia je yang dia fikir sedangkan umur 14 tu muda betul untuk bercinta. Apatah lagi beromen. Dan bodohnya bila mengaku yang dia tak de dara. Serius bengang dan sakit hati melihat kelakuan budak-budak tak matang macam ni.

Dan aku tak ada niat lain. Serius.

Aku cerita pasal isu tak ada dara ni dengan niat seorang blogger masa kini bila ada isu hangat yang terjadi di dunia internet ni.

Aku tanya sesiapa yang ada membaca entri aku ni. Bila korang pun sama-sama share kisah tak ada dara ni, apa yang bersarang di otak korang? Apa niat korang? Jawab dalam hati je. Ni soalan objektif. Aku sediakan pilihan jawapan.

A) Aku buat entri tu sebab aku pun sakit hati macam kau.
B) Aku buat entri tu sebab nak kasi kesedaran kat readers blog aku.
C) Aku buat entri tu sebab tu teknik nak up kan trafik blog aku la.

Mungkin korang akan jawab A atau B. Tapi boleh jadi niat korang sebenarnya ialah C. Kalau korang rasa C tu adalah niat sebenar korang, aku cadangkan baik korang delete entri tu.

And for me, blogger yang share apa sahaja isu-isu penting (contoh: tak ada dara, telur palsu, etc) semata-mata memikirkan trafik, ranking blog dan rating adalah BLOGGER PALING KEJI. KEJI.

Kenapa? Korang ni pandai bermuka-muka. Pum pang entri baik punya. Taruk segala hadis. Taruk segala petikan ayat Al-Quran. Kononnya nak bagi kesedaran. Esok lusa, buat entri "aku tak de dara keyword popular di blog aku".

Ada bau-bau mempergunakan agama semata-mata nak up kan trafik blog kau. Kan?

Sebab itu, kalau aku sendiri, tak kiralah hangat mana pun isu itu, kalau tetiba aku terasa niat aku lebih terarah kepada trafik blog semata-mata, aku tak akan buat entri blog. Aku akan buat kisah lain je.

Biar aku tanya lagi.
  1. Berapa ramai yang betul-betul simpati atas pemergian blogger Telordibasuh.com masa korang buat entri pasal arwah?
  2. Berapa ramai yang betul-betul concern pasal isu telur palsu masa korang buat entri tu?
  3. Berapa ramai yang betul-betul marah pasal iklan raya TV3 yang kontroversi tahun lepas bila korang buat entri tu?
Ada je isu hangat, terus nak buat entri sebab fikir segala bagai rating, kejar follower, duit nuffnang, heartbeat, dan sebagainya.

Sebab tu korang jadi bahan caci maki SARKASIS, Jadi bahan kutukan LENSAROSAK. Memang betul pun cakap diorang. Tipikal MELEIS. Sapa tah ajar korang berblogging semata-mata kerana itu.

Terpulanglah kalau korang nak marah aku ke. Aku hanya meluahkan perasaan je. Kalau nak ambil negatif apa yang aku taip ni, terserah. Kalau kau nak buat entri kutuk aku pun, terserah. (Bajet RETISSS sangat aku ni kan? Hahaha...)

~Pagi-pagi dah emo~

12 comments:

Ateeka Amer said...

sebelum aku taip entry, aku ada baca: sahaja aku menaip entry, kerana....

isi sendiri.

IQBAL ZARIN said...

ceh... lafaz niat taip entri. haha...

Rozuan Ismail said...

aku kalau taip entri memang aku tak fully nak bagi kesedaran.

motif tulis panjang-panjang tapi tak de orang baca.baik x yah tulis kan =)

boleh tak nak type entri bg kesedaran,dalam masa sama nak up trafik.bunyi macam agak tak ikhlas la..haha..

lantaklah blog aku bukan blog bapak kau..ala2 tajuk blog faiz tapit plak.hoho

IQBAL ZARIN said...

sape bloggers yg da ade readers tetap, buat entri tah hape2 pon ade je org dtg nak bace. x yh nk fikir trafik sgt. haha

NuSaNa NoSa 91 said...

xsuke update sal entry2 hot sbb takut niat lain camni la.. huhu~ T_T

IQBAL ZARIN said...

tu la. aku x suke gak.

A retarded kitty said...

biasalah,benda hot. Ramai tulis nak trafik je.
LAME.

khai said...

aku suka isi ateeka amer.

hakeem kira said...

kan . biasa la . blog berkait rapat dengan trafik . tp aku tak kesah sgt ada 2 3 org baca apa yg aku tulis pon dah cukup bg aku sbb aku buat blog suka2 . bukan hidup mati dengan blog . tp pasal "Berapa ramai yang betul-betul marah pasal iklan raya TV3 yang kontroversi tahun lepas bila korang buat entri tu?" tu aku mmg bengang tp tak buat entri pon .

Amiey White said...

cakap je terus terang sebenarnya dia perogol yang mengambil kesempatan time orang tu dihentam . pura2 suci lak :p

NURUL NADIAH MAMAT said...

nak wat pape fikir dulu dan niat sebenar kena jelas.....sebab tue bila ada jer citer2 hot saya hanya jadi pemerhati....hee~~

IQBAL ZARIN said...

NuSaNa NoSa 91: sapelah yang ajar tujuan berblogging sebab nak up trafik je ni~

khai: komen tiada kaitan...

hakeem kira: baguslah kalau ramai lagi blogger mcm ko. memg wujud pon org yg "hidup matiku hanya untuk blog".

Amiey:like "pura2 suci". haha

nadiah: lepas ni saya jd pemerhati jugak. saya x kebulur trafik. hehe

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics