expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Thursday, June 23, 2011

Memori Kanak-Kanak: TV Pendidikan

Assalamualaikum.

Dulu masa kecik-kecik, aku suka tengok TV Pendidikan.

Logo TV Pendidikan
Bukan DIDIK IKAN lah!!! PENDIDIKAN!!

Sebab apa aku suka tengok? Sebab aku suka tengoklah. Bukan sebab kecik-kecik aku dah minat belajar. Haha...


Masa dulu aku tengok channel ni kat TV2. Masa aku belum sekolah lagi. Aku akan tercanguk depan TV tengok macam-macam rancangan. Paling aku suka bila waktu untuk subjek Matematik. Belajar perpuluhan, pecahan, isipadu, lain-lain lagi.

Sementara nak menunggu rancangan lain, adalah selingan. Kadang-kadang ade siarkan animasi pendek berkenaan cerita dongeng. Semuanya aku minat.

Korang masih ingat lagi cerita-cerita berikut? Jom mengimbau memori kita dengan TV Pendidikan.

Kisah Sang Kancil Dengan Buaya

Kisah Sang Kancil Dengan Monyet

Kisah Sang Kancil, Kerbau dan Buaya

Gagak Yang Bijak

Banyak Video yang aku nak share. Tapi maaflah. Ini Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau blog bukannya Youtube. Hehe..

Comel je semua animasi di atas..

Sekarang dah tak wujud dah TV Pendidikan ni. Sedih rasanya. (T_T)

~Korang ada memori dengan TV Pendidikan?~

8 comments:

+d.O.Y.A.h+ said...

aku suka sangat tengok cerita kancil tu T.T
[menangis sambil cukur bulu ketiak]

Amiey White said...

keh keh keh

IQBAL ZARIN said...

doyah: motif nanges? oo... kilit ketiak sakit sebab bulu ketiak panjang sgt. HAHAHA

Amiey: kih kih kih

Tuan Tanah - Jefri said...

aku tak ingat ada yang akrtun ni. yg aku ingat masa sekolah rendah darjah 1,2,3,4 aku slalu gak layan...hazab sangat kualiti dia dengan hujung2 ada kata2 ucapan dari pegawai ke guru besar ke ape dengan tudung pesen zaman dedolu tuh..baju kembung bahu..isk3. tapi tetap menggeletis mau tengok...-_-''

IQBAL ZARIN said...

jefri: x pernah tgk pulak part ucapan2 tu. haha... tapi siyes best. mase ni la aku kenal istilah budak bandar. HAHAHA

Rozuan Ismail said...

aku dulu tak suka tengok tv nih sebab main guli lagi adventure.

Muhammad Burn said...

sama lah kita. suka sgt. kadang duk tgk pasal kayu arang, hang tuah, paya bakau la... yg tak bleh lupa ada cerita tikar terbang. haha... kenangan...

IQBAL ZARIN said...

rozuan: hal2 pendidikan ni budak2 mana suka sgt... haha

burn: haha... masa tu semua kat dalam channel tu best.

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics