expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, June 12, 2011

Pengemis ni menyemak je

Assalamualaikum...


Bila pandang pengemis, apa yang terlintas?

Kalau dulu, aku kesian kat mereka. Pernah dulu aku menangis nak mintak 20 sen kat mak aku sebab bak bagi kat mak cik duduk tepi jalan. Mulia tak aku masa kecik? Sila puji. Tak puji aku tempeleng. HAHAHA~

Sekarang?

Bila nampak je pengemis yang mintak sedekah ni, aku terus rasa nak marah. Aku terus serabut. Tapi bukanlah kat pengemis yang duduk tepi jalan. Tapi yang jenis datang tak diundang. Tiba-tiba je datang mintak sedekah. Menyemak.

Tengah sedap melantak megi goreng double + telur mata 2 bijik. Datang je orang buta dengan pemandunya menagih rezeki. Semak tol.

Pengemis sekarang pandai nak buat orang rasa serba salah. Dia pergi kat tempat-tempat dimana orang mampu keluarkan duit untuk kepentingan dirinya. Contohnya, mapley ataupun shopping complex. Diorang ni akan buat aku malu. Ye lah. Apa orang fikir nanti. Kau makan mampu pulak berpuluh ringgit berhabis. Sedekah dua tiga ringgit kedekut.

Bijak pengemis sekarang. Aku syak ada akademi pengemis la kat Malaysia ni.

Semalam, sewaktu aku kat Times Square, aku didatangi minah Cina dari persatuan anak-anak yatim mana tah. Mintak sedekah untuk beli kerusi malas. Satu kerusi malas RM35. Nak beli empat katanya. Aku tak faham apa dia bebel. aku pun cakaplah. Aku boleh bagi sekadar termampu je. Aku pun nak lah sedekah RM2. last last dia cakap:

ENCIK, MINIMUM DERMA RM10 SAHAJA. KAMI TAK TERIMA BAWAH DARI ITU...

Terus aku halau Cina tu. Kekwat sangat. Kira baik aku nak sedekah. Boleh pulak ade minimum maximum dalam bersedekah ye.

Aku cuma tak mahu duit aku terus terbazir ke sindiket-sindiket yang mempergunakan orang lain untuk kekayaan orang besar sindiket tu. Kalau sindiket-sindiket haram ni, memang aku hangin. Benci gila. Kalau jadi kat aku, memang haram setiap sen duit aku sedekah tu.

Tapi mereka memang suka makan duit haram kan? No wonderlah.

Aku bukannya tak berhati perut. Aku cuma tak nak duit aku sampai ke orang yang tak sepatutnya. Tu je. Mintak maaf banyak-banyak.

8 comments:

misz sheyla said...

kesian ..nak2 kalau yang dtg tu budak.... memang kesian gile...tapi biase cube ajak budak tu duduk makan..kalau die duduk kompem budak tu memang lapar kalau die takut nk duduk kompem die takut coz sindiket merate2

bieha-chan :) said...

haha betol.aku memula nak la bg duet kecik sekali sploh hengget.nak je aku sepak bontot dye haih -.-

IQBAL ZARIN said...

sheyla: good tips! nanti nak try. kalau die takut nak makan, terus bawak lari ke balai polis. haha

bieha: Tak guna kan? Tak reti bersyukur. Grr~

Rozuan Ismail said...

motif seploh hengget.ko bg seploh hengget kat bontot dia

ayu Yusop said...

dulu klu org mai minta derma ngn aku, aku bagi jek. ikhlas nih. hehe.
balik umh cite kat ayh kate aku derma org hbs aku kene bebel, kahkahkah. smpai skg x kire melayu ke cine ke klu mnta derma ngn aku, mmg tak lyn. bukan smbong or kedekut tp sbb xnk duit tu diorg blnje bende hrm, kang skli ngn aku hrm.:D

IQBAL ZARIN said...

rozuan: layaklah kena halau. haha... rase nak tendang je bontot dia aritu..

ayu: yup2. banyak sangat sindiket. x pun pengemis tu sendiri menipu. tu yang x suka nak bagi tu.

aRaN said...

dulu aku tgk pengemis. aku rasa kesian

sekrang aku rasa serabut macam nak bg penerajang ja hahhahaha macam income holiao ja. ramai bangat sekarang ni!!!

IQBAL ZARIN said...

aran: tu lah. aku pas abes degree nak part time jd pengemis lah. gila income lg tinggi dri lecturer. hahaha

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics