expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, January 17, 2011

Anak yatim macam aku ni selalu kena tindas

Assalamualaikum...

Terasa terus nak update setelah dapat call dari kakak aku. Yes. Relate lah dengan tajuk entri tu. Meh nak share stori.

Yang bukan anak felda mungkin tak tau. Tak pe. Aku stori. Macam ni.

Seingat aku dulu, masa nak masuk universiti, aku ada minta bantuan Felda. Eh, jap. Anak Felda yang dapat masuk universiti ni dapat bantuan untuk lanjutkan pelajaran la kiranya. Sorang dapat seribu. Aku dengan lagi 13 orang baya-baya aku mintak la masa tu.


Masa terus berlalu. Aku pun da nak final year dah sem depan. Sampai sekarang aku tak dapat lagi duit tu. Pelik ah. Mana hak aku???

Oleh kerana aku kat UKM, jauh la aku nak balik rumah kat Pahang tu. So mak aku lah yang terpaksa ulang alik ke pejabat untuk tanya hal tu. 2 tahun kot aku tunggu. FUCK OFF! Kesian mak aku.

Bila pergi pejabat, ada sorang kerani lelaki tu yang uruskan. Aku kenal muka dia. Mak aku tanyalah pasal duit tu. Ni jawapannya:

"Mak cik tunggu la. Mak cik ada telefon. Anak mak cik pun ada. Kalau dapat nanti saya call lah mana satu."


Maka mak aku pun balik rumah.

Baru-baru ni mak aku tanya lagi hal yang sama. Kali ni kerani perempuan pulak. Mak aku tanya perkara yang sama. Jawapan dia sangat celaka. Serius aku rasa nak rogol je minah ni. Ni jawapannya:

"Dah 2 tahun ni mak cik. Konfem tak dapat dah ni. Saya tak boleh buat apa dah ni. minta maaf la mak cik."

BUTOH KAU!!!!

Sumpah aku sakit hati bila kakak aku cerita macam ni tadi. Kenapa aku tak dapat??? Apa salah aku???

Kakak aku bengang la. Terus buat surat nak hantar kat Perdana Menteri Malaysia sekarang ni. Ya. Korang tak silap baca. Haha~ Masa ni aku tak tahu apa-apa. Apa kakak aku nak, aku kasi je. Asal surat tu sampai kat Dato' Seri Najib.

Then baru je tadi kakak aku call. Dan menceritakan segala-galanya. Lagi sekali aku rasa nak mencarut-carut.

Mak aku dipanggil ke pejabat. Pengurus panggil. Maka mak aku pun pergi. Sampai sana, terus bukak fail lama. Dan sangat sentap. 13 orang yang mintak sama-sama dengan aku, hanya aku sorang yang tak dapat lagi. Tau kenapa?

SEBAB KERANI LELAKI TADI DAH TIBAI DUIT AKU

Menngucap dalam hati. Sabar je lah.

Sakit hati gila. Babi la kau. Aku jumpa kau aku cincang lumat-lumat. GERAM!!!!!!!!!!!

Pengurus tu minta kakak aku tulis surat semula cakap yang duit dah dapat. Dia tak mahu perkara ni dipanjangkan sebelum menjadi kes polis. Sorry. Lebih baik kalau polis tahu. Huh! Apa dia (kerani laki) tu ingat mak aku ni bodoh sangat? Kalau arwah abah aku hidup lagi, aku tak tipu la, serius lelaki tu dah lunyai abah aku kerjakan.

Tapi tu lah, sejak arwah abah aku dah tak de, orang dok aniaya kami. Seb bek kakak aku ni jenis yang agak sama baran dengan abah aku. Waris kot. Ehehe~

Tapi seriuslah. Masa abah aku wujud lagi kat bumi ni, semua hormat. Apa urusan berkaitan kami cepat je siap. Kalau nak tahu la. Ingat lagi entri aku pasal UKM Nilai? Laki bini tu baik sangat dengan abah aku. Konon buat aku jadi teladan anak-anak dia pulak. Masa tu aku ni brilliant orangnya. Hehe~ Apa dah jadi sekarang? Klik kat link tu, baca sendiri. 

Aku haramkan duit hak aku yang dia ambik. Sampai ke anak cucu cicit kau aku haramkan. Serius.

Untuk tauladan kita bersama, jom kita renungkan hadis berikut:

Hadits riwayat Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Jauhilah tujuh hal yang membinasakan. Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, apakah tujuh hal itu? Rasullah saw. bersabda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, melarikan diri dari medan pertempuran dan menuduh zina wanita baik-baik yang lalai lagi beriman

Jangan biar aku nampak kau wahai syaitan yang makan harta aku.

15 comments:

Insan Bodoh said...

sabar lah yer....
rasa geram gak bila baca entri kali nih...
kalau terkena batang hidung sendiri pon aku nak carik mamat nih...
kasi mati lagi bagus....

Jefri said...

masyaAllah..betul. laki tu kurang sgt agama ke? stakat seribu xkn dpt leh jadi kaya nye.... sabo jelah..~

*aku dak felda gak. dpt duit seribu tuh masa sem 2 tahun 1. ada sorg kwn aku lmbt dpt sbb ttukar felda. isk3.
sistem dorang sendiri kucar-kacir...
again, sabo jelah...~

Mr.41 said...

woh...pjgkan isu ni!!jgn senyap kalu kite benar...ak skong ko dri blakang...

arini die mkn harta org,6t Allah akn tarik berganda2 harta die...Allah maha Adil....

Anonymous said...

ish tak amanah betula la kerani tu.
nak keje elok2 la.
tak baik buat orang macam ni..
insyaallah ada rezeki lain nanti..
fight for your right..

Faiz Tapit said...

perghhh... sumpah aku geram bace nih... Kalau jumpe mamat tu, gtw aku weh..

Tp baik ko wat repot polis.. serius, wat je

✿...fazilahpajil...✿ said...

ish tak baik makan harta anak yatim..jawab la kat akhirat nanti..
sabar ye incik iqbal..
semoga apa yang org tu buat dapat la balasan nye kelak...

IQBAL ZARIN said...

Muhammad Syafiqqullah: geram kot. 1st time org buat taik cmni. x pe lah. hal da setel.

jefri: ni bukan masalah pengurusan sbnrnye. sama ada tamak haloba atau memg ada niat jahat kat kami 1 famili. tu lah pasal. kenapa x amek je semua duit tu? kenapa aku jugak jd mangsa?

juha: kakak aku x mau tarik balik surat yg dia hantar kt PM Malaysia. mase ni la nk tgk dia ni concern ngn rakyat ke atau masih dipengaruhi bik mama. mst bik mama bakar surat kakak aku tu. hahaha

nulhazwany abdul malik: yep. hak tetap hak.tetap kena rampas.

faiz tapit: memang nak buat jugak ni. tgu cuti nanti balik bincang ngn mak aku.

fazilah: haha~ sabar da smpi limit. seb bek la kat ukm lg. kalau kt rumah da lama pjbt tu aku bakar~

Aleen Aiden said...

selebet giler kerani 2 eyh.patotla die jadik kerani je.ok,tibe2 org laen yg emo kat cni ape citer?hahah
alin anak felda jugak! ^_^

Aleen Aiden said...

selebet giler kerani 2 eyh.patotla die jadik kerani je.ok,tibe2 org laen yg emo kat cni ape citer?hahah
alin anak felda jugak! ^_^

IQBAL ZARIN said...

aleen: yey! kumpul blogger felda! hehe

effenddy said...

bal..sbr la ea..ak phm sgt..mnusia skrg mmg cmnie..ak pown kne jgk.. kite serahkn kt Allah jew..

Wan Gerrard said...

cet org tu xtau beza halal haram dh, mata duitan..kesian kerja ada, tp nk mkn duit haram gak..

sabar2 gak bro, jgn lupa hak anda ^_^

B33HA B3n said...

boleh tanya...awak felda mana?
kes macam ni kena buat report polis! jangan wat diam..

IQBAL ZARIN said...

bob: boleh je sabar. bila fikir pasal mak aku. jadi hangin balik

wan gerrard: hak tetap hak. akan ku tuntut jua. haram sampai bila2 pun.

beeha ben: felda mayam. Kat pahang. ye. kalau perlu saya akan buat repot polis.

sYaza said...

wuuuu...x sangka ade org jenis mcm ni..isk...sgt x baik tau~!!

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics