expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Saturday, April 16, 2011

Astro? Tak berminat...

Assalamualaikum...

Maharaja Lawak tengah hot sekarang ni. By the way, i dont give a damn on it. Ada aku kesah? Muahaha.... Tapi ramai yang merungut bila Maharaja Lawak nak ditukarkan dari Astro Prima ke Astro Warna. Astro Warna tu kalau nak kenalah beli pakej Mustika. Pandai Astro cari duit.


Masa belajar Kemahiran Hidup dulu, ada belajar pasal keperluan dan kehendak.

 Nostalgik sungguh buku teks hitam ni...

Keperluan ialah benda yang kalau tak de memang tak boleh hidup macam rumah, pakaian, makanan, dan sebagainya. Kehendak ialah benda yang tak de pun tak pe. Ia bergantung pada situasi. kalau dulu handphone ialah kehendak. Tapi sekarang jadi keperluan. Tapi ia menjadi kehendak kalau korang menggatal nak beli Blackberry instead of CSL. Bahaha~

Astro? Bagi aku ia kehendak. Dan sampai bila-bilapun ia akan menjadi kehendak bagi aku. Tapi bagi orang lain, dah jadi keperluan. Boleh bayangkan kat kawasan kejiranan aku, semua jiran aku ada Astro. Rumah aku je tak de. Rumah dah besar gedabak tapi Astro pun tak de. Haha...

Siapa tak nak kan kalau kita boleh tengok 70++ channel instead of 6. Best gila. Tapi aku tak berminat. Kenapa?
  1. Bila hujan tak de siaran. Grr~
  2. Sekarang Astro Ria dan Astro Prima dah jadi macam Astro Aruna yang dah cancel tu. It was like 9 hours for Kejora dan Bintang yang ciplak bulat2 dari Brilliant Legacy (drama Korea). Aku tak bayar bil untuk melihat ulangan drama dari negara pendatang.
  3. Kegedikan melampau peserta-peserta Akademi FantaSIAL. Perempuan terutamanya.
  4. Suka ulang rancangan yang sama dari pagi sampai petang. Bila kau dah tengok rancangan waktu pagi, tak payah bukak TV petang hari.
  5. Kes Maharaja Lawak alih siaran ke Warna. Aku benci strategi tarik duit untuk orang beli pakej Mustika tu.
  6. Anything from Astro can be downloaded. Cakap kat aku apa point nak beli Astro kalau cerita-cerita yang ada kat Astro tu boleh didownload? Leverage season 3 tengah on air lagi kat AXN. Aku dah habis tengok.
  7. Of kos bil bulanan mahal. My emak tak mampu. Even aku kalau dah duduk sorang nanti pun fikir 2 kali nak beli piring Astro ke tak.
Pokoknya, Astro akan sentiasa menjadi kehendak untuk aku. Tapi sekarang piring Astro tu hanya sekadar lambang status kekayaan seseorang je. Astro hanyalah keperluan bagi Chinese and Indians sebab 6 channel yang boleh ditonton semua orang tu kurang program untuk mereka. Aku yang Melayu ni? Tengok 6 channel tu je jadilah.

Siapa yang tak ada Astro lagi? Sah-sah semua ada. Aku je tak de. Lalalala~

4 comments:

Faiz Tapit said...

x silap aku, ade lg kot bku teks tu kt umah aku... hahhaa
btw, kalu nk tgk, aku donlod utube jah....

IQBAL ZARIN said...

curi spbt eaa... haha... btw, semua rancangan dari astro (ria, prima, warna, bla3) aku tak suka.

themissingikmal said...

aku kalo tgk astro, aku tgk mtv je...channel lagu je...tp bole donlot kot...mmg aku dok umah tgk berita tv1 ngan tv3 je...

astro sgt bullshit...keje nak sedut duit org je...

af cam lancau

ape lg nak kutuk nih? hahahaaha

IQBAL ZARIN said...

sng citer, astro x guna. hahaha...

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics