expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, April 29, 2011

Keldai Dadah: Rakyat Malaysia Lurus Bendul

Assalamualaikum...

Tau tak apa tu keldai dadah?

Alah... Orang Malaysia yang kena tangkap kat luar negara pasal tuduhan seludup dadah. Tu la maksud keldai dadah ikut kefahaman aku.

Hari tu aku tengok Malaysia Hari Ini (MHI). Pagi-pagi tu adalah dia baca berita pasal 10 orang Malaysia kena tangkap kat New Zealand atas tuduhan seludup syabu. Lepas tu ada dia baca lagi ulasan pasal kes tu. Siapa tah cakap. Katanya orang Malaysia ni terlalu mudah percayakan orang luar. Tu punca ramainya keldai dadah kena tangkap.

Rakyat Malaysia ni memang baik. Tapi sesetengah tu terlebih baik sampai merana diri. Kalau kena tangkap kat Malaysia tak pe lagi. Sekurang-kurangnya diadili dengan undang-undang Malaysia. Kalau kena tangkap kat luar negara? Undang-undang Malaysia tak valid oi.

Kadangkala kesian bila tengok orang yang tak bersalah jadi mangsa. Kebanyakannya kena aniaya dengan setan. Manalah tau. So lain kali waspada ya bila berada kat negara orang lain. Kena berjaga-jaga. Manalah tau kot-kot ada je sesapa tah mintak korang bawak beg dia lalu kat tempat cek barang tu. Dangg.... Kantoi nanti, habislah. Dan kalau berjalan tengah-tengah orang ramai tu, poket baju, seluar, beg, dan apa-apa je barang yang terbuka kepunyaan korang tu tutup baik-baik. Nanti ada je orang selit barang-barang terlarang.

~Manusia ni lagi bahaya dari singa~

1 comment:

Rozuan Ismail said...

kalau ada orang wat kat aku,aku maki je,pggil press media,aku mencarut lah.motif baik!

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics