expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, April 19, 2011

Rules di sekolah yang tak dipraktikkan di luar

Assalamualaikum...

Rules are made to be broken. Haha... Aku suka ayat ni even aku bukanlah jenis rulebreaker. Aku skema. Huk huk...

Banyak peraturan di sekolah menengah yang kita kena patuh. Kalau tinggal kat asrama lagilah banyak peraturan kena patuh. Orang yang mencipta peraturan tu berfikir dengan peraturan ni maka bebudak akan menjadi lenih baik bila dah besar. Ye ke? Teett... tak semestinya.

Dah berada di luar kawalan warden ni, memang tak ada satu pun yang kita akan buat. Even 5 tahun berasrama. Jom cek list peraturan yang digariskan kat sekolah aku dulu. Aku bagi contoh diri aku je.
  • All the time kena "tuck in" baju ke dalam seluar tak kira dimana berada.
    • Pergi kuliah pun selebet je sekarang ni.
  • Pergi masjid wajib berbaju Melayu dan berkain pelekat. Selain itu tidak dibenarkan
    • Ceh. Janji sopan dah lee.. Sekarang pakai t-shirt dengan jean je pergi solat Jumaat. 
  • Wajib berjemaah. Tidak dibenarkan solat didalam dorm.
    • Semua aku buat dalam bilik je sekarang ni.
  • Tidak dibenarkan berseluar pendek.
    • Balik rumah pun aku pakai short je. Panas tau?
  • Cadar kena tegang sentiasa
    • Cadar aku tak pernah tegang pun sekarang. Bangun je tidur, mandi, solat, keluar. Haha...
Apa lagi ha? Aku lupa dah. Tapi satu je yang aku sure. Bila kita di luar kawalan seseorang, suka hati lah nak buat apa pun kan?

Rules kat UKM tak ketat sangat. So far, enjoy jugak. Aku tak pernah lagi ada masalah dengan pakgad. Sebab aku tak de transport kot. Aku cuma kesian bila mendengarkan ada universiti yang peraturannya macam cilake.


Just imagine. Kau kena saman dengan pakgad sebab tak mematuhi etika berpakaian mahasiswa. Waktu kau kena saman, kau tengah sidai baju yang baru kau cuci kat ampaian. Hanya bersinglet dan bertuala. Logik tak?


Jadahnya nak sidai baju pun kena berkot berblazer dan berkasut kulit??? Palotak ang!!


Aku terinspirasi nak buat entri pasal rules ni dari blog ni. Buka mata, buka minda bila membacanya.

7 comments:

zacky ~786~ said...

hahahaa~ tula psl .. kjp lg ade jer kes yg bako pak guard kang.. :P

IQBAL ZARIN said...

x gune punye pakgad. mcm samseng dah jdnye. haha

Rozuan Ismail said...

OMG!! i hate this rules..menyusahkan je..tapi bab solat tu mmg byk kebaikan la ye..huhu

IQBAL ZARIN said...

yg tu x dinafikan la. brani nak nafikan? kena panah petir kang. hahaha

Henry Zackery said...

takkan nak sidai baju pun nak pakai kot ?? heheh formal giler :)

[ VIDEO ] Mesti Tengok

mInYe said...

haha.. ko ni.. skema elektronik ke ko ni masa kat asrama?? aku dulu bedal je langgar peraturan.rasanye tak terkira la bape bayak rules yang aku da langgar. Tapi naseb baek, aku kamcing dengan warden. haha.. masuk uni, takde sapa nak bising. melainkan roommate je ar.. if ko ade roommate ar. kalo tetibe felo dok check tegang ke tak katil ke, check ko gi kuliah ke, itu namenye UKM mengalami transformasi yang pelik namenye.. haha..

IQBAL ZARIN said...

henry zackery: entahlahh...

minye: ye. aku x berani buat hal. sbb fikir mak ngn abah aku kat rumah. haha... ko jgn la doakan mcm tu... itu da masuk SBP balik dah tu~

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics