expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Friday, April 15, 2011

Menangis

Assalamualaikum...

Bila sakit, nangis. Bila kena maki, nangis. Bila sedih, nangis. Biasalah tu. Kurniaan agung ALLAH kepada makhlukNya. Terutama manusia. Kalau tak menangis, maknanya takde perasaan. Mustahil manusia tak ada perasaan. Tipu.

Ada khasiatnya bila menangis ni. Dulu aku ada terbaca dalam buku yang aku dah lupa tajuknya. Kebiasaannya bila menangis, lepas tu kita rasa lega kan? Itu sebab apabila kita mengalami sesuatu yang buruk, contohnya kematian seseorang, kita akan diselubungi dengan aura kesedihan. Aura ni buruk dan tak bagus untuk kesihatan. Jadi bila menangis, aura tu dikatakan keluar bersama dengan air mata tersebut. Sebab tu rasa lega.

Tapi kenapa aku tetiba cakap pasal menangis ni? Sebabnya....

AKU DAH TAK BOLEH MENANGIS

Pelik tak? Pelik laa... Tolonglaa kata pelik. Pleaseeee..... *gedik*

Orang "Normal" selalu berpujangga: "Nangis-nangis ni tak jantan la bro...". Wakluu... Well, itu namanya EGO. Dan aku dah tak boleh menangis bukan sebab ego. Aku tak tau kenapa. Mungkin sebab masa aku kanak-kanak lagi, aku selalu sangat menangis.

Budak ejek aku, nangis. Budak tak nak kawan dengan aku, nangis. Jadi "budak lengit" masa main cuit duduk, nangis. Banyak gila perkara yang buat aku nangis masa kecik. Boleh kata aku ni cengeng sebenarnya. Last aku menangis masa darjah 6. Malas nak ingat pasal apa. Yang pasti, bodohnya peristiwa tu. =_=!

Lepas last time tu, aku dah lama gila tak menangis. Even dalam kesakitan yang melampau pun aku tak nangis. Itu biasanya simbol kelakian la kan. Orang "Normal" pun ada cakap: "Kalau tergeliat tu biasalah. Tak laki la kalau tak tahan sakit". Blerghh~

Tapi kekadang tak best kalau tak nangis. Macam perasaan sedih tu mati dan tak wujud dalam diri. Feeling sedih tu ada sikit-sikit tapi tidak sampai nak menangis. Arwah abah aku dulu meninggal masa aku Form 5. Langsung aku tak menangis. Apatah lagi sedih. Ye aku tahu tak elok menangis untuk orang yang meninggal. Tapi tu abah aku. Aku pun tak tau kenapa aku tak rasa sedih langsung.

Sebab dulu aku dah banyak nangis jadi air mata aku dah kering?

Hell no! Menguap boleh pulak berjurai-jurai air mata. Aku tak suka betul menguap. Mesti keluar air mata. Keluar dalam keadaan yang tak sesuai. Grr~

Adakah nikmat menangis dah hilang dalam diri aku? Huwaaa.... (tak nangis pun...)

Peliklah. Pelik pelik pelik...

p/s: sebenarnya esok ulangtahun arwah abah aku pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk arwah Abah... :|

3 comments:

Tuan Tanah - Jefri said...

alfatihah jua..bertabahlah.....

kalu ang nak nanges gak, kena pi jumpa dr, mintak suntik air mata..err

themissingikmal said...

al-fatihah

aku sgt stuju pasal bab nanges nih...amek nota lg 1 nih: kalo nanges, air mata tuh mencuci mata kite skali...kot la..hehe

gadisSETAN said...

JANGAN KLIK JANGAN KLIK JANGAN KLIK

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics