expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Tuesday, April 12, 2011

Masalah Blog

Assalamualaikum...

I love to hear other thoughts and opinion. So aku nak berbicara pasal masalah dengan blog. Well, kalau ada blog, mesti kita ada masalah kan.

Tapi aku tak nak cakap pasal HTML, templates, banners, or whatsoever. Sebab aku tak retilah nak cakap pasal menda-menda tu. Masalah blog yang aku nak habaq mai ni berkenaan dengan sikap seseorang terhadap blog.

Blog kita, adalah hak kita untuk 'memperkosa' rupa blog kita. (chewah ayat lucah!) kita nak letak apa pun suka hati kita lah. Nak letak lagu ke, nak letak widget banyak-banyak ke, nak letak iklan banyak-banyak ke, itu hak masing-masing. Kononnya nak meriah lagi blog tu. Biasanya blogger baru yang buat macam tu.

Kalau aku, tak kisah sangat pun. Dulu ya. Benci gila masuk blog ada lagu otomatik pastu tak boleh nak stop. Haha~ Apa susah. Mute je sound tu. So boleh je baca blog berkenaan dengan senyap.

Aku cukup tak faham bila ada je yang tak suka apa yang kita nak buat dengan blog kita, lepas tu buat satu entri mengutuk kat blog dia sendiri. Itu salah, ini salah. Semuanya tak senang kat mata dia. Cabut je lah mata tu.

Siapakah ANDA (yang rasa besar sangat kat dunia blog ni) untuk melarang mereka buat perkara tu? 

Kalau masuk blog orang tu lepas tu sakit hati, close je lah. Tak payah kot nak kutuk bagai nak rak. Taulah anda mungkin juara mengutuk membahan orang masa kat sekolah dulu. Dalam ni pun nak membahan jugak.

Cuba fikir sikit. Anda suatu ketika dulu pun blogger baru jugak. Semuanya bermula dengan zero dalam blog ni. And of course dalam benda lain pun kita semuanya bermula dengan kosong. Kita bukannya superhuman. Lahir je terus ada blog gempak, terus pandai photoshop. Adatlah kalau ada yang galak nak letak lagu ke, iklan ke, apa ke. Nak mencuba je. Life is a process of learning. (betul ke ayat aku ni??? lol)

Mempunyai sedikit kepandaian atau kerengsaan terhadap sesuatu perkara bukan lesen untuk kita mengeji. Apatah lagi untuk kita merasa sempurna. Mungkin ada yang tau manusia memang tak sempurna, tapi jangan nak jadi sempurna sangat dalam blog. Paling tepat, DALAM DUNIA SIBER.

Depan laptop korang, boleh la nak maki orang sesuka hati. Ye lah. Yang di maki tu pun bukannya depan mata korang pun.

Here is a guideline. Untuk orang yang suka mengutuk.
  1. Kalau korang masuk blog yang pasang lagu automatik lepas tu tak boleh stop, mute je.
  2. Kalau blog yang korang jengah tu berat nak loading, kalau ada kesabaran, tunggu. Kalau tak de, klik butang pangkah warna merah kat atas kiri tu. 
  3. Jangan nak jadi TUHAN sangat kat dunia siber ni. Ingat. Kita semua manusia. Tak ada yang sempurna.
  4. Jangan nak jadi KEYBOARD WARRIOR. Kalau rasa anu kau besar, pergi sound direct depan muka. Nak gaduh-depan laptop. BAPOK je buat macam tu. (Eh, bapok pun tak buat. Hina lagi keyboard warrior ni ye. Haha)
  5. Kalau mulut tu dah gatal sangat nak mengutuk, 
    • mengucap banyak-banyak
    • belajar bahasa Melayu semula untuk mengutuk cara berhemah dan sopan (tegur baik-baik kan boleh. Bukan tak boleh. Korang yang cabul sangat mulut tu)
Tiba-tiba aku fikir balik. Masalah blog ni, kat Malaysia je ada kan. Kes kutuk-kutuk sesama blogger ni belum pernah ada kat negara lain. Kalau ada cakap kat aku ye. Hehe~

Banyak je alternatif lain untuk tak buat dosa kering. Tak guna solat 5 waktu + solat sunat tapi masuk blog orang caci maki. Dosa kering terus cash in.

~sori emo. exam stat tadi menjahanamkan otak aku~

5 comments:

Pisyek said...

Pisyek berkata: kah kah kah. Bagi aku, kalo ade yg nak letak player tu, biar la player yang ade butang pause/stop. Nih tau-tau kuar suara je... Kekadang aku pun terkejut tahu. :P


Entri terkini: Forest Fables untuk iPad 2

IQBAL ZARIN said...

samelah. maki2 gak kekadang. tapi x smpi nak buat entri la. haha

xazryx said...

hhoho .rilek2 .aku pon tak suke sebenarnya lagu2 nih .sbb aku da dgr lagu kt pc aku .tp betul ckp ko .mute je .

IQBAL ZARIN said...

haha.. mute je lah. kalau maki2 pun x guna jugak.

fyezah hasbullah said...

apa pasal aku sangat bersetuju dengan entri ko nieh ?? HAHAHA...
100 peratus aku setuju dengan ko weyh ...

dah banyak aku jumpa blog yang mengutuk blog org lain .. kering idea gomaknya... tapi mmg lah .. kalo yg letak player tuh ..lebih baik yg ada pause n stop .. senang aku nak mengstopkannya.... :)

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics