expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, April 17, 2011

Khazinatul Asrar

Assalamualaikum...

Siapakah beliau?

Sesiapa yang pernah belajar kat Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) sesi 2008/2009 mesti kenal siapa dia. Seorang perempuan yang sangat menjaga kesucian dirinya sebagai wanita muslimah. Hehe...



By the way, Khazinatul Asrar merupakan watak fiksyen sahaja. Watak dalam novel Seindah Mawar Berduri karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Novel ni diedarkan secara bersiri setiap jumaat dalam buletin kat Surau Al-Muttaqin. Surau matrix aku la.

 Surau Al-Muttaqin, KMPh

Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut (Padahal berapa kali je jemaah kat surau tu. LOL) dan aku dalam biro penerbitan, maka aku mendapat tiket untuk membaca novel tu sampai habis walaupun ia masih diterbitkan di surau. Targetnya bila pelajar sesi 2008/2009 habis belajar, novel tu pun habis la. Tapi aku dah habis baca sebelum tu. Haha..

Nak memperkenalkan sedikit sebanyak tentang Khazinatul Asrar. Dalam novel tu, dia merupakan student dari Fakulti Pengajian Islam, UKM. Degree apa aku dah lupa. Syariah kot. Juga salah seorang ahli perwakilan mahasiswa. (PMUKM lettewwwww). Ada seorang kawan bernama Hijriah. Ceritanya berkisar tentang seorang lelaki yang cuba nak memikat Khazinatul Asrar ni tapi oleh sebab kecintaan dia kepada ALLAH begitu kuat, tambah pulak dengan dia tak mau mengabaikan pelajarannya, maka dia tak melayan langsung lelaki tu. Dalam masa yang sama, kawan kepada Hijriah, seorang student medik, lelaki juga menaruh perasaan kat Asrar. Keluarga Asrar pula ada berjanji dengan keluarga kenalan rapat walidnya untuk mengahwinkan Asrar dengan anak lelakinya yang belajar di Jepun. Sebenarnya hati Asrar telah dipikat oleh Presiden Persatuan Mahasiswa UKM itu namun mereka akur bahawa couple itu perkara sia-sia. Apa yang berlaku seterusnya? *jeng jeng jeng~

Aigoo... 4 lelaki nak kat dia. Hot stuff... Tapi apa boleh buat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

Alang-alang kebetulan pulak aku dapat masuk UKM, ada jugak tercari-cari adakah wanita sesuci Khazinatul Asrar ni. Tak ada. Sebab watak Khazinatul Asrar ni terlalu perfect bagi aku. Penulis cerita ni buat watak dia seolah-olah Asrar seorang yang maksum. Tak pernah bercakap dengan lelaki kecuali bila perlu. Ada ke kat UKM ni wanita sebegitu? Tak jumpa lagi.

Kat manalah aku nak cari novel tu semula ye? Teringin nak baca. Hehe...

Rindunya nak menjenguk matrix...

Siapa yang teringin nak baca, pergilah Google. Aku baru cari dan jumpa novel tu. Boleh download. :D

9 comments:

fyezah hasbullah said...

okay .. ko dah membuatkan aku untuk membaca novel tuh ... lol .. :P

IQBAL ZARIN said...

pergi cari. aku tengah baca ni. haha

aieshah said...

batch 2009/2010 pun sempat bace even separuh je..

IQBAL ZARIN said...

student KMPh gak ea?? waaa... hehehe

fadhdeela said...

novel ke??mcm menarikk jer cite dia :)

Meh sini: Bantulah adik Muhammad Rafeal!!Sedih melihat Gambar Beliau

Sini juga: Fina..Calon Baru AF9 lebih baik dari Pelajar2 AF9..

IQBAL ZARIN said...

yup. best..

PReDicToR said...

daku kmph gak 06/07....
(alamak rasa tua la plak)

same je kmph x berubah

IQBAL ZARIN said...

x pernah berubah pon. hehe

husnadiksu04 said...

laa bace gak ke cite nih? best2! sambungannya novel tautan hati. dah baca? yg tuh chrcter anak die pulak. bgus buku tuh, especially ntuk pompuan

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics