expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Sunday, May 22, 2011

Al-Fatihah untuk mereka...

Assalamualaikum...

Minggu ni bagi aku minggu yang sangat muram. Kenapa? Minggu ni je aku dengar 3 berita berkaitan kematian. Memang muram. Al-Fatihah untuk mereka yang telah kembali ke Rahmatullah.

1) Pemilik blog Telordibasuh.blogspot (Abdul Hakim Bin Mohd Kamal)



(gambar diambil dari blog Telordibasuh.blogspot)

Inilah owner blog tersebut. Beliau telah meninggal pada 19 Mei 2011. Aku tak ingat pernah ke atau tak aku singgah ke blog beliau. Tapi aku sempat baca blognya sebelum semua entri dipadam secara kekal. Memang kelakar. Tapi siapa tahu ajalnya cepat sampai. Salam takziah dari aku untuk keluarganya.

*Jika pihak keluarganya terjumpa blog ni dan kurang senang sekiranya aku menggunakan gambar di atas, sila maklumkan. Aku akan buang. :)

2) Seniwati Mahyon Ismail


Aku suka tengok lakonan beliau. Selalu bawa watak ibu. Sejuk mata melihat lakonannya. Kalau tak silap dulu dia selalu jadi isteri A.Galak kalau berlakon. Sekarang ni jarang dah tengok dia di mana-mana drama. Tup tap semalam dengar berita dia dah kembali ke Rahmatullah. Oh, lupa. Beliau ni ibu kepada Faizal Hussein. Takziah.

3) Anak yatim tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat.

Ni pun berita yang menyedihkan. Seramai 24 orang termasuk anak yatim, warden dan kakitangan di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh. Agak sadis berita ni. Dalam berita melaporkan ada 3 mangsa yang telah terkorban.

Memang minggu yang menyedihkan. Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah moga-moga mereka yang telah kembali ke Rahmatullah aman dan tenang di alam barzakh.

~segera bertaubat sementara nyawa masih ada~

2 comments:

Rozuan Ismail said...

Al-Fatihah buat mereka semua yang kembali ke rahmatullah

NAZRUL AZAT said...

seyes aku pon tkejut bile dpt tau Pemilik blog Telordibasuh.blogspot (Abdul Hakim Bin Mohd Kamal)meninggal, baru jer aritu dia dtg jengah blog aku ;-(

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics