expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, May 23, 2011

Haters

Assalamualaikum...

Iklan. 100 Plus ada buat contest. RM 50 setiap 10 minit. Kalau berminat sila ke halaman ini. Tak minat pun takpe. Aku tak paksa. Hehe...

************************************

Ni soalan mudah. Sila jawab dalam konteks seorang blogger.

Siapa ada haters?


Haters? Kata akarnya 'Hate'. Benci. Ni istilah femes dalam dunia blogger mahupun Facebook. Haters ni sekelompok manusia yang kerjanya tak de lain selain dari nak membenci perkara atau orang. Benda simple pun nak benci.

"Gedik betul awek penjaga gol Malaysia tu. Aku nak buat page anti dia lah"

"Artis ni pakai bikini kat Bali. Sundal betul! Kejap lagi aku nak buat page benci dia"

"Blogger ni sombong gile! Dah la entri sampah. Aku nak post entri kutuk dia"

Aiyoo... apa pasal sampai jadi ini macam??

Kenapa suka jadi haters?

Aku pun tak tahu. Ada je ketidakpuasan hati dalam diri seorang hater ni. Apa problemnya? Nak jugak aku jumpa beberapa haters ni. Tanya apa masalahnya. Hurm~

Apakah ciri-ciri seorang haters?

1) Kurang kasih sayang

Kesian mereka. Meh aku kasi kasih sayang sikit. Merana gamaknya. Macam orang haus tengah gurun Sahara. LOL.

2) Perlukan perhatian

Relate jugak dengan poin atas ni. Bila kurang kasih sayang, mereka perlukan perhatian untuk dapatkan kasih sayang. Saling berkaitan.

3) Allergik bila tengok orang lain famous.

Sikap Meleis. Oh. Ni pemahaman aku. Malays dengan Meleis berbeza. Malays tu orang Melayu dan Meleis tu orang Melayu dengan perangai lazim mereka. Tipikal. Contohnya suka dengki dengan bangsa sendiri, tak boleh tengok orang lain senang dan lain lain. Daa~ kelaut semua tu.

4) Pengecut
Ye. Pengecut. Hanya nampak ganas dengan carutan melalui laptop. Dikenali dengan gelaran "Keyboard Warrior" atau "Anonymous". Merupakan manusia paling hina dalam dunia blogger kerana bacul dan suka berselindung. Kalau kasarnya, sekiranya haters ni lelaki, orang akan cakap : tak de ko**k. Haha...

Untuk blogger, seharusnya korang bangga bila mempunyai haters. Banyak faedahnya. Apa dia? Antaranya:

1) Dapat trafik free
2) Korang lebih dikenali. Tambah-tambah lagi bila apa yang haters kutuk-kutuk pasal blog korang tu tak betul dan hanya bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan hanya berunsur serangan peribadi. 
3) Dapat tengok lawak free. Sebab haters ni macam budak tak sekolah. Tah apa nak dikutuknya. Tak lebih dari carutan semata-mata. Kalau ayat tu ada 10 perkataan, adalah 7-8 perkataan mencarut. Kelakar
4) Dapat belajar mengenali jenis-jenis manusia di muka Bumi ni.
5) Paling penting, pahala free lah. Haha...

Bila aku nak ada haters ni? Haha... teringin nak tengok telatah manusia kurang kasih sayang ni. LOL.

3 comments:

zacky ~786~ said...

jgn kita benci-membenci antara kita.. tak baik tok kesihatan.

IQBAL ZARIN said...

tak baik utk kesihatan mereka lah. yang x bergelar haters ni hepi je hidupnye. haha

Rozuan Ismail said...

haha.setuju =)

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics