expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Wednesday, May 18, 2011

K-Pop tu berhantu tau tak?

Assalamualaikum...

Kepada peminat K-pop dan juga untuk Gula-Gula dan Max 24/7, hentikanlah mengagung-agungkan K-pop tu. Bukan apa. Aku risau kalau nyawa korang melayang sebab minat sangat. Tau tak setiap lagu K-pop tu berhantu? Cuba bayangkan kalau-kalau tengah dok melayan lagu SNSD tu tetiba je leher korang kena cekik dengan hantu. Tak ke kojol sia-sia je? Yang Gula-Gula pulak, fikir banyak kali sebelum nak debut. Tolonglah.

Tak nak percaya? Kata aku mengarut? Tengok sendirilah video kat bawah ni.


 

Degil jugak? Tatap lagi.


HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!! 
(hantu mengilai)

Ok. Fine. Tak seram. =_=!

Dah lama aku tak melayan filem seram Korea dan Jepun. Kat wayang semua bersepah dengan filem seram Melayu yang balik-balik panggil ustaz-ustaz buang saka dalam badan orang. Mencemarkan nama ustaz je. Ingat Ustaz kat Malaysia ni kerjanya buang saka je ke? Tetiba terbaca mengenai filem seram ni. Kalau dah boleh download nanti aku nak download.

 

Filem kat atas ni tajuknya White. Siapa kenal dia ni? Yang berlakon Dream High tu. Eunjung dari T-Ara. Filem ni agak unik dan menarik sebab filem ni berasaskan K-Pop. K-Pop berhantu? Hehe... Mungkin sesiapa yang anti K-Pop mesti paksa orang yang gila K-Pop tengok filem ni dengan harapan bilangan penggemarnya berkurangan. Haha...

Filem ni tak mungkin tayang kat Malaysia rasanya. Kita kan kenalah memperkasakan industri filem Malaysia dengan support filem seram (padahal suam-suam kuku je seramnya). Ataupun Ahmad Idham suruh FINAS sekat kemasukan filem seram Korea, Jepun, dan Thailand kot. Nanti filem seram die tak laku pulak kan? Hahaha

~nak tengok~

7 comments:

Budak Giler Cadbury said...

saya minat k-pop.. even bace entri ni pon still minat kpop.. cmno tu ahhaha

IQBAL ZARIN said...

no komen. ahahaha

Tuan Tanah - Jefri said...

saya tetap minat jiana jen, era pajira, siti nurhalija, amy masturah dan sebagainyaaaaa....kpop sangat tdak saya gemari..*kembungkan pipi, muncungkan mulut, muka itekkkkk*

IQBAL ZARIN said...

zzzzzzzzzzzz

Rozuan Ismail said...

kpop tu apa(dengan versi terbalik :tangan ke atas mata ke bahu)haha

IQBAL ZARIN said...

cungkil bijik mate tu letak atas bahu. hahaha

Wani Kecik said...

Err, kau ni cepat terpengaruh la -.-

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics