expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

HeartBeat

Followers

Korang Yang Ke...

Monday, May 9, 2011

Penghukum

Assalamualaikum...

Situasi: Budak Form 4 bawak bayi kecik pergi kedai.
Orang kita: Dasar betina sundal. Macam ni lah remaja sekarang. Tau nak beromen je.
Sebenarnya: Dia kena rogol dengan bapak tiri dia dan dia tak repot polis sebab dia takut rahsia dia terbongkar.

Situasi: Pak cik tua mengacau anak dara tengah jalan.
Orang kita: Gatalnya orang tua tu! Tak sedar diri!
Sebenarnya: Dia baru lepas kehilangan cucu yang dia sayang sangat-sangat akibat kemalangan jalan raya.

Situasi: Terlihat orang gemuk yang super duper gemuk.
Orang kita: Kalau tak jaga makan, jadilah gemuk macam tu.
Sebenarnya: Dia jadi macam tu sebab dia berpenyakit yang mengakibatkan berat badan dia naik mendadak.

Situasi: Budak-budak berkumpul depan Pavillion.
Orang kita: Lepak depan Pavillion konon. Nak orang cakap kau high class la tu.
Sebenanya: Tengah tunggu member kat situ nak pergi tempat lain.

Situasi: Blogger buat segmen.
Orang kita: Nak up trafik blog sendiri la tu. Gila publisiti punya orang.
Sebanarnya: Nak kenal rapat dengan blogger je.


...
...
...
...
...

Boleh tak jangan main cakap je? 
Boleh tak selidik dulu sebelum berkata-kata? 
Boleh tak jangan jadi Tuhan? 
Boleh tak jangan nak melabelkan orang? 
Boleh tak jangan jadi penghukum?

Tak boleh bro... tak menganjing orang sehari aku rasa gian la. Haha...

Situasi: Berhadapan dengan manusia kuat menganjing
Orang kita: Longkang betul mulut dia. Mak bapak tak ajar ke?
Sebenarnya: Mulut dia memang longkang pun!!

~Kalau menganjing orang lain tu dah jadi habit anda, jadi tak payah nak sentap sangat la kalau tiba-tiba orang lain menganjing anda ye. What you give, you get back.~

2 comments:

Rozuan Ismail said...

i sangat sentap ok..dah ikut ke apa i ajar semalam?huhu

IQBAL ZARIN said...

belom lagi. hehe...

Degup Jantung

Related Posts with Thumbnails

Pengunjungku Dari Luar Negara

free counters
Web Analytics